Samy Vellu


S. Samy Vellu

SSM; SPMJ (Johor); SSAP (Pahang); SUMW (WP); SPMP (Perak); PNBS (Sarawak); DPMS, SMS (Selangor); PCM (Perak)
Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehLeo Moggie
Digantikan olehMohd Zin Mohamed
Dalam jawatan
1980–1989
Didahului olehLee San Choon
Digantikan olehLeo Moggie
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Siput, Perak
Dalam jawatan
1974–2008
Didahului olehV. T. Sambanthan
Digantikan olehMichael Jeyakumar Devaraj
Presiden Kongres India Malaysia ke-7
Dalam jawatan
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
TimbalanS. Subramaniam (1976-2006) & G. Palanivel (2006-2010)
Didahului olehTan Sri Dato' V. Manickavasagam
Digantikan olehG. Palanivel
Butiran peribadi
LahirSamy Vellu a/l Sangalimuthu
(1936-03-08)8 Mac 1936
Kluang, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia15 September 2022(2022-09-15) (umur 86)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik BN-MIC
PasanganToh Puan Indrani Samy Vellu (kedua)
HubunganVell Paari (anak)
PekerjaanAhli politik
ProfesionArkitek

Tun Samy Vellu s/o Sangalimuthu (Tamil: சாமிவேலு சங்கிலிமுத்து, rumi: Cāmivēlu Caṅkilimuttucode: ta is deprecated , Cāmivēlu Caṅkilimuttu; 8 Mac 1936 – 15 September 2022)[1] adalah seorang ahli politik Malaysia.Beliau merupakan ahli dan berkhidmat sebagai Presiden ke-7 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), dari Oktober 1979 hingga Disember 2010. Beliau adalah presiden MIC yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan tersebut selama 31 tahun, dan salah seorang menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat selama 29 tahun[2]

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia dari Jun 1983 hingga Jun 1989 dan sekali lagi dari Mei 1995 hingga Mac 2008, Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari Jun 1989 hingga Mei 1995, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam dari September 1979 hingga Jun .Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk Sungai Siput dari September 1974 hingga Mac 2008.

Beliau juga merupakan salah seorang ahli politik keturunan India yang paling berpengaruh di Malaysia kontemporari. Beliau memainkan peranan penting dalam politik dan pembangunan Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya.Ramai ahli politik dari kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang menggambarkan Samy Vellu sebagai seorang yang memiliki banyak bakat dan gemar berjenaka.[3]

Samy Vellu telah meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi, 15 September 2022.[4][5]

Kehidupan awal

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek.Akhirnya, Beliau dengan usaha sendiri menjadi seorang arkitek bertauliah dan ahli Institut Diraja Arkitek Britain (RIBA) serta Institut Arkitek Malaysia.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani.[6]. Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari

Kerjaya politik

Patriotisme pada usia muda

Pada tahun 1960-an, berlaku ketegangan politik antara Indonesia dan Malaysia. Ketika itu, Indonesia diperintah oleh Presiden Sukarno. Beliau menyatakan bahawa semua negara yang didiami oleh orang Melayu adalah milik Indonesia. Dengan slogan "Ganyang Malaysia", beliau menunjukkan hasrat untuk "menghancurkan Malaysia."

Tentera Indonesia mendarat di Malaysia, menyebabkan ketegangan di arena politik dunia. Pada masa itu, Samy Vellu memanjat tiang bendera di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dan menurunkan serta membakar bendera Indonesia.[7][8]

Tindakan patriotiknya membuat namanya terkenal di seluruh Malaysia. Akhbar-akhbar berbahasa Inggeris, Melayu, Cina, dan Tamil di Malaysia memuji beliau dengan besar-besaran.

Kejayaan dalam Politik

Kerjaya politik Samy Vellu bermula pada usia 23 tahun, pada tahun 1959, apabila beliau dan Govindaraj menyertai cawangan MIC Batu Caves. Selepas lima tahun, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa MIC Selangor dan ketua parti. Beliau menjadi tajuk berita utama dengan memanjat tiang bendera kedutaan Indonesia, menurunkan bendera dan membakarnya. Beliau didakwa di mahkamah dan didenda RM2. Beliau digelar Hero Malaysia di muka depan akhbar.

Beliau adalah Ahli Parlimen (MP) untuk kawsan Sungai Siput selama lapan penggal dari September 1974 hingga Mac 2008. Sepanjang tempoh tersebut, dari 1978 hingga 1979, beliau merupakan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Kemudian dari 1979 hingga 1989, beliau menjadi Menteri Kerja Raya. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995. Dari 1995 hingga Mac 2008, beliau kembali sebagai Menteri Kerja Raya.

Kekalahan dalam Pilihan Raya dan Persaraan

Beliau kehilangan kerusi parlimennya kepada Michael Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008.[9][10] Samy Vellu, mengumumkan persaraannya daripada jawatannya sebagai Presiden Kongres India Malaysia (MIC) dan dari politik aktif pada tahun 2010. Kemudian beliau dilantik sebagai Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan, dengan pangkat menteri, sejak 1 Januari 2011. Pelantikan ini ditamatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru pada tahun 2018.[11] The appointment was terminated by the new Pakatan Harapan (PH) government in 2018.[12]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[13][14]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1974 P48 Sungei Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 9,045 49.09% Patto Perumal (DAP) 8,401 45.59% 18,529 644 77.87%
Thang Pang Fay (PEKEMAS) 877 4.76%
R. C. Manavarayan (IND) 103 0.56%
1978 Samy Vellu (MIC) 12,930 62.41% Ngan Siong Hing @ Ngan Siong Eng (DAP) 7,789 37.59% N/A 5,141 N/A
1982 Samy Vellu (MIC) 14,930 64.56% T. Sellapan (DAP) 7,033 30.41% 23,827 7,897 73.63%
Ahmad Zawawi Ibrahim (PAS) 1,164 5.03%
1986 P56 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 13,148 56.05% Liew Sam Fong (DAP) 8,712 37.14% 24,566 4,436 69.32%
Wan Hassan Wan Mahmud (SDP) 1,597 6.81%
1990 Samy Vellu (MIC) 14,427 53.25% Patto Perumal (DAP) 12,664 46.75% 28,028 1,763 69.21%
1995 P59 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 21,283 71.86% Lim Ah Guan @ Lim Soon Guan (DAP) 5,673 19.15% 30,552 15,610 67.66%
Mohamed Hashim Salim (PAS) 2,663 8.99%
1999 Samy Vellu (MIC) 17,480 57.75% Michael Jeyakumar Devaraj (DAP)1 12,221 40.38% 31,165 5,259 63.62%
Mohamad Asri Othman (MDP) 565 1.87%
2004 P62 Sungai Siput, Perak Samy Vellu (MIC) 19,029 62.19% Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 8,680 28.37% 31,583 10,349 67.51%
Sanmugam Ponmugam Ponnan (DAP) 2,890 9.44%
2008 Samy Vellu (MIC) 14,637 44.15% Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)2 16,458 49.64% 33,154 1,821 69.91%
Nor Rizan Oon (IND) 864 2.61%

Nota: 1 & 2 Michael Jeyakumar Devaraj di tengah-tengah bertanding di bawah tiket DAP pada pilihan raya 1999 dan PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008, adalah ahli PSM.

Penghargaan

Senarai darjah kebesaran yang diterima[15]


Rujukan

  1. ^ Former Malaysian minister Samy Vellu dies, aged 86
  2. ^ Narayanan, Bernice (2010). A Life, a Legend, a Legacy: Dato' Seri S. Samy Vellu. BN Communications. m/s. 200. ISBN 9789834150563.
  3. ^ "Samy Vellu a man of many talents and great sense of humour, says Dr Ling". TheStarTV.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-16.
  4. ^ "Samy Vellu passes away at age 86". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-15.
  5. ^ "'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan". www.astroawani.com. 2022-09-16.
  6. ^ "Samy Vellu". www.nriinternet.com. Dicapai pada 15 September 2022.
  7. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/09/16/its-authentic-says-former-newsman-of-viral-flag-photo-with-samy-vellu
  8. ^ https://www.kosmo.com.my/2022/09/15/kisah-sejarah-samy-vellu-turunkan-bendera-indonesia/
  9. ^ "Samy Vellu". NRIinternet.com. 22 November 2010. Dicapai pada 11 August 2014.
  10. ^ Retna, S. (9 March 2008). "End For Samy Vellu's Legacy After Historic Loss at Sg Siput". Bernama. Dicapai pada 6 January 2010.
  11. ^ "Samy Vellu Dilantik Duta Khas Infrastruktur Bagi India Dan Asia Pasifik". mStar. 12 December 2010. Dicapai pada 7 February 2012.
  12. ^ Justin Ong (7 July 2018). "Report: Putrajaya axing special envoys, advisers". The Malay Mail. Dicapai pada 1 September 2018.
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 28 June 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  15. ^ Semakan penerima darjah kebesaran
  16. ^ "Samy Vellu happy with Govt's recognition of his service". The Star Online. 10 September 2017. Dicapai pada 28 September 2017.
  17. ^ Semakan penerima darjah kebesaran Selangor

Pautan luar

  • Laman web rasmi
Jawatan politik
Didahului oleh
V. Manickavasagam
Presiden Kongres India Malaysia (MIC)
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
Diikuti oleh:
G. Palanivel
Rencana berkenaan Samy Vellu
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
  1. Sardon Jubir (1955-1956)
  2. Veerasamy Thirunyana Sambanthan (1956-1971)
  3. Abdul Ghani Gilong (1972-1974)
  4. V. Manickavasagam Pillai (1974-1976)
  5. Abdul Ghani Gilong (1976-1978)
  6. Lee San Choon (1978-1980)
  7. Samy Vellu Sangalimuthu (1980-1989)
  8. Leo Moggie Irok (1989-1995)
  9. Samy Vellu Sangalimuthu (1995-2008)
  10. Mohd Zin Mohamed (2008-2009)
  11. Baru Bian (2018-2020)
  12. Fadillah Yusof (2020-2022)
  13. Alexander Nanta Linggi (2022-kini)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat
  • Belanda
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek