Pintu (lapangan terbang)

Pintu atau pintu gerbang, dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, ialah sebuah tempat di lapangan terbang yang menyediakan ruang menunggu untuk penumpang sebelum menaiki penerbangan mereka. Walaupun maksud tepat berbeza dari tempat ke tempat dan negara ke negara, kebanyakan pintu terdiri daripada tempat duduk, kaunter, pintu masuk atau pintu keluar pesawat, dan jejantas pesawat.

Beza pintu 'dalam negeri' dan 'antarabangsa'

Kebanyakan pintu gerbang hanya mempunyai satu pintu ke jejantas pesawat yang bersambung dengan pintu pesawat, namun ini bergantung kepada model pesawat. Kalau pintu ini digunakan untuk perlepasan, ketibaan dalam negeri, mahupun antarabangsa yang datang dari lapangan terbang dengan tapisan keselamatan untuk ke lapangan terbang destinasi, sebuah pintu ke ruang menunggu akan dibuka dan tempat pemeriksaan kastam akan ditutup untuk hentikan penumpang daripada masuk. Untuk ketibaan antarabangsa yang tiba dari bandar yang tidak mempunyai tapisan keselamatan, pintu ke ruang menunggu akan ditutup dan penumpang akan pergi ke sebuah dewan di mana mereka boleh pergi ke pemeriksaan kastam (jika mereka ingin keluar ke bandar tersebut), atau lepasi kastam dan tapisan kemasukan  (jika mereka ada perlepasan seterusnya).

'Jejantas pesawat' dan 'tangga udara'

Sebelum kewujudan jejantas pesawat atau udara, penumpang menaiki pesawat dengan tangga udara. Jika penumpang berada di dalam lapangan terbang, penumpang akan keluar dari ruang menunggu keluar melalui sebuah pintu dan penumpang kemudiannya akan menaiki tangga ke pintu pesawat. Kaedah ini masih lagi digunakan untuk menaiki kapal terbang kecil (mis. kapal terbang AirAsia) atau untuk lapangan terbang yang kecil (Lapangan Terbang Tawau).

Milik

Peralatan adalah milik lapangan terbang atau harta benda syarikat penerbangan, tetapi hampir selalunya milik binaan lapangan terbang.

Galeri

  • Pintu di Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca
    Pintu di Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca
  • Gerbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair
    Gerbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair
  • Masuk ke pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanover / Langenhagen
    Masuk ke pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanover / Langenhagen
  • Gates B2 dan B3 di Lapangan Terbang Wilayah Asheville
    Gates B2 dan B3 di Lapangan Terbang Wilayah Asheville
  • Gerbang di Lapangan Terbang Antarabangsa General Abelardo L. Rodríguez di Tijuana, Mexico .
    Gerbang di Lapangan Terbang Antarabangsa General Abelardo L. Rodríguez di Tijuana, Mexico .
  • Tanda di Gate E14 di Terminal E di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta menunjukkan bahawa destinasi adalah Seoul, Korea Selatan
    Tanda di Gate E14 di Terminal E di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta menunjukkan bahawa destinasi adalah Seoul, Korea Selatan
  • Gerbang di Concourse C Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
    Gerbang di Concourse C Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
  • Sebuah pintu depan Frontier Airlines A31 di Concourse A di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver .
    Sebuah pintu depan Frontier Airlines A31 di Concourse A di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver .
  • Gate D5 di Concourse D di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand .
    Gate D5 di Concourse D di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand .
  • Pintu AirTran C54 di Concourse C di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh .
    Pintu AirTran C54 di Concourse C di Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh .
  • Easyjet di pintu masuk, di Lapangan Terbang Gatwick .
    Easyjet di pintu masuk, di Lapangan Terbang Gatwick .

Rujukan