Penyederhanaan

Penyederhanaan ialah proses untuk menghapuskan atau mengurangkan unsur-unsur keterlaluan. Ia digunakan untuk memastikan kenormalan pada keseluruhan media yang melakukannya. Kegunaan penyederhanaan yang umum termasuk:

  • Pemastian ketekalan dan ketepatan dalam memeriksa penilaian pelajar;
  • Penghapusan sumbangan yang tidak sesuai daripada sesebuah laman sesawang, forum, atau saluran IRC oleh penyederhananya, menepati sistem penyederhanaan pelantar itu;
  • Penggunaannya dalam nuansa yang lebih proaktif sebagai sepatah istilah untuk merujuk kepada ketua persidangan Gereja Methodist;
  • Pemperlahanan neutron di dalam reaktor nuklear menerusi penyederhana neutron;
  • Perujukan kepada gaya hidup yang dimulakan oleh The American School in Jepun oleh Chaiken of Biology. Gaya hidup itu menekankan kesederhanaan dalam segala hal, tanpa sesuatu yang terlalu banyak.

Penyederhanaan juga merupakan prinsip kehidupan. Di Yunani, kuil Apollo di Delphi mempunyai inskripsi Meden Agan - 'Tiada sesuatu yang berlebihan'. Membuat sesuatu "dengan sederhana" bermakna tidak membuat sesuatu yang berlebihan. Misalnya, jika seseorang yang menyederhanakan makanannya akan mencuba makan semua jenis makanan, tetapi mengehadkan makanan yang mempunyai kesan yang merosakkan kesihatan pada tahap yang tidak berbahaya. Serupa juga dalam agama Kristian, moderasisme ialah pendirian bahawa peminuman minuman beralkohol secara sederhana dibenarkan, akan tetapi kemabukan diharamkan (lihat Agama Kristian dan alkohol). Kesederhanaan ialah ciri psike negara Sweden yang diperikan dengan lebih khusus oleh sinonim Sweden, lagom.