Pentafsiran tulisan Mesir kuno

Refer to caption
Jean-François Champollion pada tahun 1823, memegang senarai tanda hieroglif fonetiknya

Sistem tulisan yang digunakan di Mesir kuno telah ditafsir pada awal abad kesembilan belas melalui kajian beberapa cendekiawan Eropah, terutamanya Jean-François Champollion dan Thomas Young. Tulisan Mesir, yang memasukkan tulisan hieroglif, hieratik dan demotik, tidak lagi difahami pada abad keempat dan kelima Masihi. Pengetahuan generasi-generasi kemudian terhadap tulisan-tulisan ini berdasarkan karya pengarang Yunani dan Rom yang mempunyai pemahaman yang salah. Oleh itu, ia kemudian dipercayai ramai bahawa tulisan-tulisan Mesir semata-mata ideografik, melambangkan idea daripada bunyi, dan turut bahawa hieroglif dianggap tulisan yang difahami oleh beberapa orang sahaja dan mistik daripada cara merakam bahasa lisan. Beberapa percubaan mentafsir oleh para cendekiawan Islam dan Eropah pada Zaman Pertengahan dan Renaissance mengiktiraf tulisan tersebut mungkin mempunyai komponen fonetik, namun tanggapan hieroglif sebagai ideografik menghambat usaha untuk memahaminya selewat abad kelaman belas.

Batu Rasyid ditemui pada tahun 1799 oleh ahli-ahli sejarah yang terlibat dalam kempen dan ekpedisi Napoleon Bonaparte di Mesir, membawa teks selari dalam hieroglif, demotik dan Yunani. Ia diharap teks Mesir dapat ditafsir melalui terjemahan Yunaninya, terutamanya dalam gabungan dengan bukti daripada bahasa Qibti, peringkat terakhir bahasa Mesir. Melakukan demikian membuktikan sukar, walaupun beberapa perkembangan terputus-putus oleh Antoine-Isaac Silvestre de Sacy dan Johan David Åkerblad. Young, mengaskan kajian mereka, memerhati bahawa aksara demotik terbit daripada hieroglif dan mengenal pasti beberapa tanda fonetik dalam demotik. Beliau juga mengenal pasti maksud banyak hieroglif, termasuk glif fonetik dalam kartusy mengandungi nama seorang raja Mesir dari asal usul asing, Ptolemy. Beliau yakin, namun, hieroglif fonetik itu hanya digunakan dalam menulis perkataan bukan Mesir. Pada awal 1820-an Champollion membanding kartusy Ptolemy dengan yang lain dan akhirnya sedar bahawa tulisan hieroglif merupakan campuran unsur fonetik dan ideografik. Dakwaannya pada awalnya diragui dan dituduh bahawa beliau telah mengambil idea daripada Young tanpa memberi penghargaan, namun mereka lambat laun diterima. Champollion terus dengan mengenal pasti secara kasar maksud kebanyakan hieroglif fonetik dan mewujudkan kebanyakan tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Mesir kuno. Young, sementara itu, banyak mentafsir demotik menggunakan batu bersurat ini bergabung dengan teks selari Yunani dan demotik yang lain.

Usaha pentafsiran menjadi lembap selepas kematian Young pada tahun 1829 dan Champollion pada tahun 1831, namun pada tahun 1837 Karl Richard Lepsius menunjukkan bahawa banyak hieroglif melambangkan gabungan dua atau tiga bunyi berbanding satu, dengan itu membetulkan salah satu kesalahan utama dalam kajian Champollion. Cendekiawan yang lain, seperti Emmanuel de Rougé, menghalusi pemahaman bahasa Mesir secukupnya menjelang 1850-an ia tidak mustahil untuk menterjemah penuh teks Mesir kuno. Bergabung dengan pentafsiran tulisan pepaku pada kira-kira masa yang sama, kajian emreka membuka teks yang dahulu tidak dapat dicapai daripada peringkat terawal sejarah manusia.

Nota

Rujukan

Petikan
Karya dipetik
  • Adkins, Lesley; Adkins, Roy (2000). The Keys of Egypt: The Obsession to Decipher Egyptian Hieroglyphs. HarperCollins. ISBN 978-0-06-019439-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Allen, James P. (2014). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs, Third Edition. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-05364-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bierbrier, Morris L., penyunting (2012). Who Was Who in Egyptology, 4th Revised Edition. Egypt Exploration Society. ISBN 978-0-85698-207-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Curran, Brian A. (2003). "The Renaissance Afterlife of Ancient Egypt (1400–1650)". Dalam Ucko, Peter; Champion, Timothy (penyunting). The Wisdom of Egypt: Changing Visions Through the Ages. UCL Press. ISBN 978-1-84472-005-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • El-Daly, Okasha (2005). Egyptology: The Missing Millennium. UCL Press. ISBN 978-1-84472-062-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Griffith, Francis Llewellyn (1951) [Reprint of "The Centenary of Egyptology", 1922]. "The Decipherment of the Hieroglyphs". The Journal of Egyptian Archaeology. 37: 38–46. doi:10.2307/3855155. JSTOR 3855155.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hamilton, Alastair (2006). The Copts and the West, 1439–1822: The European Discovery of the Egyptian Church. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-928877-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Iversen, Erik (1993) [First edition 1961]. The Myth of Egypt and Its Hieroglyphs in European Tradition. Princeton University Press. ISBN 978-0-691-02124-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Loprieno, Antonio (1995). Ancient Egyptian: A Linguistic Introduction. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-44384-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Parkinson, Richard (1999). Cracking Codes: The Rosetta Stone and Decipherment. Contributions by Whitfield Diffie, Mary Fischer, and R. S. Simpson. British Museum Press. ISBN 978-0-7141-1916-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pope, Maurice (1999) [First edition 1975]. The Story of Decipherment, from Egyptian Hieroglyphs to Maya Script, Revised Edition. Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-28105-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ray, John D. (2007). The Rosetta Stone and the Rebirth of Ancient Egypt. Harvard University Press. ISBN 978-0-674-02493-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Robinson, Andrew (2006). The Last Man Who Knew Everything: Thomas Young, the Anonymous Polymath Who Proved Newton Wrong, Explained How We See, Cured the Sick, and Deciphered the Rosetta Stone, among Other Feats of Genius. Pi Press. ISBN 978-0-13-134304-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Robinson, Andrew (2012). Cracking the Egyptian Code: The Revolutionary Life of Jean-François Champollion. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-991499-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Solé, Robert; Valbelle, Dominique (2002) [French edition 1999]. The Rosetta Stone: The Story of the Decoding of Hieroglyphics. Diterjemahkan oleh Steven Rendall. Four Walls Eight Windows. ISBN 978-1-56858-226-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stephan, Tara (2017). "Writing the Past: Ancient Egypt through the Lens of Medieval Islamic Thought". Dalam Lowry, Joseph E.; Toorawa, Shawkat M. (penyunting). Arabic Humanities, Islamic Thought: Essays in Honor of Everett K. Rowson. Brill. ISBN 978-90-04-34329-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stolzenberg, Daniel (2013). Egyptian Oedipus: Athanasius Kircher and the Secrets of Antiquity. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-92415-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Thompson, Jason (2015a). Wonderful Things: A History of Egyptology, 1. From Antiquity to 1881. American University in Cairo Press. ISBN 978-977-416-599-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Thompson, Jason (2015b). Wonderful Things: A History of Egyptology, 2. The Golden Age: 1881–1914. American University in Cairo Press. ISBN 978-977-416-692-1.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut

  • Champollion, Jean-François (1824). Précis du système hiéroglyphique des anciens égyptiens (dalam bahasa French). Treuttel et Würtz.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Champollion, Jean-François (2009). The Code-Breaker's Secret Diaries: The Perilous Expedition through Plague-Ridden Egypt to Uncover the Ancient Mysteries of the Hieroglyphs. Diterjemahkan oleh Martin Rynja. Gibson Square. ISBN 978-1-903933-83-1.
  • Young, Thomas (1855). Leitch, John (penyunting). Miscellaneous Works of the Late Thomas Young, Volume III: Hieroglyphical Essays and Correspondence, &c (dalam bahasa English dan French). John Murray.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • l
  • b
  • s
Kesemua piramid Giza

Seni bina · Seni · Adat pengebumian · Kronologi · Masakan · Dinasti · Geografi · Sejarah · Matematik · Perubatan · Agama · Firaun · Tokoh · Bahasa · Tapak · Teknologi · Tulisan

Egiptologi · Ahli Egiptologi · Muzium Mesir · Portal Mesir Purba

Templat:Writing systems