Naskh (seni khat)

Surah Al-Fatihah - skrip Naskh

Naskh (Arab: نسخcode: ar is deprecated ; juga dikenali sebagai Naskhi atau nama Turkinya Nesih) ialah gaya skrip khat Islam. Berkemungkinan besar ia dicipta oleh ahli seni khat Parsi Ibn Muqlah Shirazi (Parsi: ابن مقلهٔ شیرازیcode: fa is deprecated ). Akar kata Arab (نسخ) bermaksud "menyalin". Ia merujuk sama ada kepada fakta yang skrip gaya ini mengganti skrip Kufi, atau skrip ini membolehkan salinan teks dibuat dengan lebih pantas. Dengan sedikit perubahan, ia merupakan gaya yang paling sering digunakan untuk percetakan dalam bahasa Arab, Parsi, Pashto dan lain-lain.

Skrip ini terbit daripada skrip gaya Thuluth: beberapa pengubahsuaian menjadikannya bersaiz lebih kecil, dan tulisannya lebih halus. Ia ditulis dengan menggunakan pen yang kecil dengan mata pena halus (pen cava). Skrip ini merupakan skrip yang digunakan cara meluas dari dahulu lagi. Kehalusannya membuat skrip ini amat sesuai untuk menulis buku. Naskhi digunakan untuk menyalin Qur'an dan Hadis. Ia juga digunakan dalm penulisan tafsir dan himpunan syair (Divan).

Naskh, bersama skrip Ta'liq juga termasyhur kerana menjadi asas skrip Nasta'liq, yakni skrip yang digunakan dalam tulisan bahasa Urdu, Parsi, Kashmiri, dan kadang kalanya Pashto dan Uyghur.

Komputer lazimnya menggunakan skrip Naskh atau yang sama dengannnya, contoh: بسم الله الرحمن الرحيمcode: ar is deprecated (ungkapan Bismillah).

Pautan luar

  • (Inggeris) Galeri skrip Naskh Diarkibkan 2011-10-06 di Wayback Machine

Galeri

  • Halaman Al-Qur'an (Surah Saad) tulisan Naskh
    Halaman Al-Qur'an (Surah Saad) tulisan Naskh
  • Skrip Naskh Shaykh Hamdullah
    Skrip Naskh Shaykh Hamdullah
  • Skrip Naskh oleh Vassal-i Shirazi
    Skrip Naskh oleh Vassal-i Shirazi
  • Diwan Saffiuddin al-Hilli dalam skrip Naskh
    Diwan Saffiuddin al-Hilli dalam skrip Naskh
  • Manuskrip Dua Ahli Perubatan Menyediakan Ubat oleh 'Abd Allah ibn Fadl. Lukisan daripada halaman manuskrip W.675 daripada Muzium Walters
    Manuskrip Dua Ahli Perubatan Menyediakan Ubat oleh 'Abd Allah ibn Fadl. Lukisan daripada halaman manuskrip W.675 daripada Muzium Walters
  • Mangkuk ditulis dengan skrip Naskh
    Mangkuk ditulis dengan skrip Naskh
  • l
  • b
  • s
Kesenian Islam
Seni bina
Gaya tempat
Elemen
Kesenian
buku
Miniatur
  • Arab
  • Mogul
  • Parsi
  • Turki
Kaligrafi
Dekorasi
  • Arabes
  • Pola geometri
  • Girih
  • Zellij
Muzium
  • Kaherah
  • Doha
  • Ghazni
  • Istanbul (Kesenian, Kaligrafi)
  • Baitulmaqdis (Muzium Islam, Kesenian Islam)
  • Kuala Lumpur
  • Marrakesh (Muzium, Taman Majorelle)
  • Melbourne
  • Paris
  • Singapore
  • Toronto
  • Tripoli