Malek Mccrone
Malek Mccrone | |
---|---|
Kelahiran | Malek Marcus Mccrone (1994-09-13) 13 September 1994 (umur 29) Ampang, Selangor, Malaysia |
Pekerjaan | Model, pelakon |
Tahun aktif | 2019–kini |
Kampung asal | Bapa (Toronto) dan Ibu (Selandar, Melaka) |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Anugerah | Diiktiraf sebagai Model of the Year di Anugerah Stail EH 2019 |
Malek Marcus Mccrone merupakan seorang pelakon industri dan model tempatan di Malaysia. Beliau lahir pada 13 September 1994 dan berumur 28 tahun. Beliau mempunyai darah kacukan Kanada dan Melayu. Beliau kini bergiat aktif dalam lakonan sejak tahun 2020 dalam drama Kebaya Kasut Kanvas sehingga kini.
Kehidupan awal
Malek yang berketinggian 183 cm, berdarah kacukan Kanada dan Melayu. Ayahnya berasal dari Toronto manakala ibunya pula dari pekan Selandar, Melaka. Beliau dilahirkan di Ampang, Selangor dan kemudian pernah menetap di Kanada sebagai bekas pelumba basikal negara. Selain itu, beliau menetap di sana untuk menyara kehidupannya sebagai buruh kasar. Beliau juga sering ke Jakarta, Indonesia atas tuntutan kerja sebagai modelling di sana (bersama agensi Wynn).
Kerjaya
- Merupakan CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2015.
- Amat menitikberatkan senaman dalam mengekalkan bentuk badan yang cantik, selain soal pemakanan dan tata rias.
- Enggan tertumpu pada bidang fesyen, sebaliknya ingin melebarkan sayap ke dunia komersial televisyen.
- Gemar mengembara dan menyanyi.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Satukan Rasa | Ray | Astro Ria |
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ameer | TV3 |
2021 | Hati Yang Dikhianati | Samir | Astro Prima |
Hatimu Sedingin Salju | Rafiq | TV3 | |
Budak Intern | Ryan | TV9 | |
2022 | Aku Tanpa Cintamu | Hadi | TV3 |
Suri Hati | Azlan | ||
Jesnita | Zaid | Astro Prima | |
Dia Yang Ku Jadikan Suami | Naim Khairi | Astro Ria | |
2023 | Cik Misi 123 | Remy | Astro Ria |
Bukan Sekadar Lafaz | Firman | TV3 | |
2024 | Malang Si Puteri | Johan | Astro Ria |
Web drama
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Shah Alam 40000 | Han | IQIYI |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | Calon Bini Pak Bilal | Rauf | TV9 |
2023 | Saat Hilang Cintamu | Hadi | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
Malek Mccrone telah merangkul Anugerah Stail EH! 2019 untuk kategori Model of the Year.[perlu rujukan]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Cabaran
Beliau terpaksa menempuhi cabaran berat apabila mendapat tahu ibunya didiagnosis dengan kanser.
Rujukan
1. ^Biodata Malek Mccrone,Pelakon Kebaya Kasut Kanvas Illuminasi.com. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
2.^Biodata Malek Mccrone,Pelakon Baru Budak Intern mydramaonline.com. Dicapai pada 21 November 2020.