Liliʻuokalani

Liliʻuokalani
Ratu Kerajaan Hawaii (lanjut...)
Pemerintahan29 Januari 1891 – 17 Januari 1893
Didahului olehKalākaua
Diikuti olehKerajaan digulingkan
Keputeraan(1838-09-02)2 September 1838
Honolulu, Oʻahu, Kerajaan Hawaii
Kemangkatan11 November 1917(1917-11-11) (umur 79)
Honolulu, Oʻahu, Wilayah Hawaii
Pemakaman18 November 1917
Makam Diraja Hawaii
PasanganJohn Owen Dominis
Nama penuh
Liliʻu Loloku Walania Kamakaʻeha (diberi ketika diputerikan)
Lydia Kamakaʻeha (nama selepas dibaptiskan)
KerabatKalākaua
AyahandaCaesar Kapaʻakea, ayahanda angkat: Abner Pākī
BondaAnalea Keohokālole. Bonda angkat: Laura Kōnia
AgamaProtestantisme Templat:Noprint inline
TandatanganTandatangan Liliʻuokalani

Liliʻuokalani (sebutan Hawaii: [liˌliʔuokəˈlɐni]; diputerikan Lydia Liliʻu Loloku Walania Kamakaʻeha; 2 September 1838 – 11 November 1917) merupakan ratu pertama dan penguasa terakhir yang memerintah Kerajaan Hawaiʻi dari 29 Januari 1891 sehingga kerajaan tersebut digulingkan pada 17 Januari 1893.

Baginda banyak menyumbang kepada budaya orang Hawaii melalui catatan sejarah serta gubahan lagu lalu kekal diingati sehingga hari ini.

Keputerian

Baginda diputerikan di tempat persemayaman nenda sebelah bondanya ʻAikanaka di kaki Kawah Puowaina di Honolulu, pulau Oʻahu.[1]

Baginda mula belajar pada usia empat tahun di Chiefs' Children's School, di mana baginda serta dua kakandanya (James Kaliokalani dan David Kalākaua) serta 13 orang pupunda diajarkan bahasa Inggeris oleh pasangan suami isteri mubaligh Amos Starr Cooke dan Juliette Montague Cooke.[2]

Zaman muda

Semasa Raja Kalākaua dalam keberangkatannya mencemar duli ke sekitar San Francisco,[3] selatan California dan utara Mexico, baginda gering menghidap angin ahmar di Santa Barbara[4] Baginda koma di kamar peraduannya di San Francisco selama dua hari sebelum mangkat pada 20 Januari.[5][6] Khabar kemangkatan baginda tidak sampai kepada rakyat baginda di Hawaii sehinggalah mayat baginda dibawa kembali ke Honolulu dalam kapal Charleston pada 29 Januari.[7] Pada hari yang sama ketibaan mayat tersebut, Liliʻuokalani mengangkat sumpah agar taat setia kepada perlembagaan yang sedia ada lalu baginda dimahkotakan sebagai Ratu kepada Kerajaan Hawaii.[8][9]

Pemerintahan

Hubungan dengan masyarakat berbilang agama

Meskipun baginda kuat beragama Kristian mazhab Presbyterian, baginda turut mempunyai sikap belas kasihan dan toleransi terhadap agama-agama lain di kerajaannya. Baginda sungguh terutamanya menyambut kehadiran sami-sami Buddha dan Shinto ke negaranya sehingga baginda sudi mencemar duli menghadiri upacara meraikan Hari Wesak oleh segolongan bermazhab Mahayana pada 19 Mei 1901. Kehadiran baginda menjadikan agama-agama ini mula diterima masyarakat setempat sehingga pengharaman anutan tersebut dapat dielakkan oleh Pemerintah Wilayah, serta juga dihormati masyarakat Jepun di kedua-dua Kepulauan Hawaii dan Jepun.[10]

Penggulingan baginda

Baginda digulingkan pada 17 Januari manakala sebuah pemerintah sementara pimpinan Sanford B. Dole diiktiraf sebagai suatu kerajaan de facto.[11][12][13] Baginda melepaskan takhtanya kepada pihak Amerika Syarikat dengan harapan agar kerajaan Hawaii yang sebenar dapat dikembalikan.[14] Sementara itu, baginda menghantar Putera David Kawānanakoa dan Paul Neumann, seorang Ketua Peguam, untuk mewakili baginda.[15]

Neumann mengutuskan surat tulisan baginda kepada Presiden Grover Cleveland yang memulakan penggal keduanya pada 4 Mac.[16] Pemerintah Amerika Syarikat pimpinannya mewujudkan suatu laporan yang menyimpulkan dari penemuan yang dibuat bahawa penggulingan baginda Ratu Liliʻuokalani dilakukan secara haram dengan bantuan anggota tentera A.S dan Stevens.

Akhir hayat dan kemangkatan

Sepanjang musim panas tahun 1917, baginda menjadi semakin uzur sehingga tidak mampu menggerakkan kakinya dan sering tidak dapat mengecam tempat persemayaman baginda. Suatu majlis mendoakan keselamatan baginda diadakan di Istana Washington di tempat peraduan baginda dihadiri para penjaga dan teman rapat baginda. Baginda mangkat di samping kelompok rapatnya pada pagi November 1917.[17]

Majlis perkabungan mayat baginda pada 18 November 1917

Mayat baginda tidak dibawa keluar dari persemayaman itu sehingga waktu tengah malam. Selepas masa tersebut tiba, mayatnya diarak ke Gereja Kawaiahaʻo untuk rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir mereka, kemudiannya ke upacara memperingati baginda di Istana ʻIolani pada 18 November. Mayat baginda dibawa ke Makam Diraja Mauna ʻAla di mana baginda disemadikan bersama-sama kerabat baginda yang lain.[18]

Sumbangan kepada seni sastera dan lagu

Liliʻuokalani diceritakan sangat mahir bermain gitar, piano, organ, ʻukulele dan zither, serta turut menyanyikan lagu-lagu agama dan sekular dalam kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris.[19][20] Baginda banyak menggunakan gubahan lagunya sebagai suatu ekspresi fikiran baginda terhadap rakyatnya, negaranya serta keadaan politik yang beralku di kepulauan tersebut.[21]

Baginda tetap menggubah lagu-lagu meskipun setelah dipenjarakan di Istana ʻIolani serta diharamkan akhbar dan buku sastera daripada baginda. Antara lagu gubahan tersebut ialah Aloha ʻOe; ia pada asalnya merupakan suatu lagu cinta antara sepasangan yang berpisah, namun ia lama kelamaan menjadi suatu simbol kedukacitaan baginda atas runtuhnya kerajaan baginda.[21][22][23]

Rujukan

  1. ^ Liliuokalani 1898; Allen 1982
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Liliuokalani 1898 pages=5–9
  3. ^ Rego, Nilda (April 25, 2013). "Days Gone By: 1890: Hawaii's King Kalakaua visits San Francisco". The Mercury News. San Francisco. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2016. Dicapai pada November 3, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Kuykendall 1967, m/s. 472. sfn error: no target: CITEREFKuykendall1967 (help)
  5. ^ Dando-Collins 2014, m/s. 42. sfn error: no target: CITEREFDando-Collins2014 (help)
  6. ^ Vowell 2011, m/s. 91. sfn error: no target: CITEREFVowell2011 (help)
  7. ^ Kuykendall 1967, m/s. 473–474. sfn error: no target: CITEREFKuykendall1967 (help)
  8. ^ Kuykendall 1967, m/s. 474–476. sfn error: no target: CITEREFKuykendall1967 (help)
  9. ^ "By Authority". The Daily Bulletin. XV (25). Honolulu. Januari 30, 1891. Image 2, col. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 3, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Koda 2006, m/s. 237. sfn error: no target: CITEREFKoda2006 (help)
  11. ^ Liliuokalani 1898, m/s. 387–388. sfn error: no target: CITEREFLiliuokalani1898 (help)
  12. ^ Allen 1982, m/s. 294. sfn error: no target: CITEREFAllen1982 (help)
  13. ^ Alexander 1896, m/s. 65. sfn error: no target: CITEREFAlexander1896 (help)
  14. ^ Tabrah 1984, m/s. 102. sfn error: no target: CITEREFTabrah1984 (help)
  15. ^ Alexander 1896, m/s. 71–76. sfn error: no target: CITEREFAlexander1896 (help)
  16. ^ Alexander 1896, m/s. 74. sfn error: no target: CITEREFAlexander1896 (help)
  17. ^ Hodges 1918, halaman 35–37; Allen 1982, halaman 396
  18. ^ Askman 2015, halaman 91–93; Allen 1982, halaman 396–400; Thrum 1918; Parker 2008, halaman 36; "Funeral is Held in the Throne Room". The Hawaiian Gazette. Honolulu. November 20, 1917. p. 3, col. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); "Martial Pomp and Hawaiian Picturequeness in Funeral Cortege". Honolulu Star-Bulletin. Honolulu. November 19, 1917. p. 3 headline. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); ""Aloha ʻOe" of Queen's Own Song Goes With Her Into Resting-Place". Honolulu Star-Bulletin. Honolulu. November 19, 1917. p. 9 headline. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 28, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |8= (bantuan)
  19. ^ Hawaii Magazine. Irvine, CA: Fancy Publications. 2004. m/s. 56, 58. OCLC 27971891. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 13, 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ Garraty, Carnes & American Council of Learned Societies 1999, m/s. 664–665. sfn error: no target: CITEREFGarratyCarnesAmerican_Council_of_Learned_Societies1999 (help)
  21. ^ a b Ducat, Vivian. "Hawaii's Last Queen". American Experience. PBS. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 28, 2011. Dicapai pada Oktober 11, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ Dekneef, Matthew (Mac 9, 2016). "14 extraordinary women in Hawaii history everyone should know". Hawaiʻi Magazine. Honolulu. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 1, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Bolante, Ronna; Keany, Michael (Jun 1, 2007). "50 Greatest Songs of Hawaii". Honolulu. Honolulu. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 13, 2017. Dicapai pada Oktober 15, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

  • Apple, Russ; Apple, Peg (1979). Land, Liliʻuokalani, and Annexation. Honolulu: Topgallant Publishing Company. ISBN 978-0-914916-40-6. OCLC 6425124.
  • Dole, Sanford B. (1936). Farrell, Andrew (penyunting). Memoirs of the Hawaiian Revolution. Honolulu: Honolulu, Advertiser Publishing Company. OCLC 4823270.
  • Dougherty, Michael (1992). To Steal a Kingdom. Waimanalo, HI: Island Press. ISBN 978-0-9633484-0-1. OCLC 26926764.
  • Hawaii Legislature (1892). Laws of Her Majesty Liliuokalani, Queen of the Hawaiian Islands: Passed by the Legislative Assembly at Its Session, 1892. Honolulu: Robert Grieve. OCLC 156231006.
  • Hawaiian Gazette Company (1893). Two weeks of Hawaiian history.
  • Irwin, Bernice Piilani (1960). I Knew Queen Liliuokalani. Honolulu: South Sea Sales. OCLC 40607143.
  • Liliuokalani; Lange, Arthur (1913). Aloha Oe – Farewell To Thee. Philadelphia: Popular Music Publishing Company. OCLC 10315333.
  • Liliuokalani (1884). Collection of Songs Composed By Her Royal Highness Princess Liliuokalani. San Francisco: Pacific Music Company. OCLC 68697922.
  • Liliuokalani (1992). The Diary of Queen Liliʻuokalani. Honolulu: Bishop Museum Archives. OCLC 663668411.
  • Liliuokalani; Gillett, Dorothy K.; Smith, Barbara Barnard (1999). The Queen's Songbook. Honolulu: Hui Hānai. ISBN 978-0-9616738-7-1. OCLC 42648468.
  • Loomis, Albertine (1976). For Whom Are the Stars? An Informal History of the Overthrow of the Hawaiian Monarchy in 1893 and the Ill-Fated Counterrevolution It Evoked. Honolulu: University Press of Hawaii and Friends of the Library of Hawaii. ISBN 978-0-8248-0416-9. OCLC 2213370.
  • Office of Hawaiian Affairs (1994). ʻOnipaʻa: Five Days in the History of the Hawaiian Nation: Centennial Observance of the Overthrow of the Hawaiian Monarchy. Honolulu: Office of Hawaiian Affairs. ISBN 978-1-56647-051-3. OCLC 31887388.
  • Peterson, Barbara Bennett (1984). "Liliuokalani". Notable Women of Hawaii. Honolulu: University of Hawaii Press. m/s. 240–244. ISBN 978-0-8248-0820-4. OCLC 11030010.
  • Taylor, Albert Pierce (1927). The Rulers of Hawaii, the Chiefs and Chiefesses, Their Palaces, Monuments, Portraits and Tombs. Honolulu: Printed by Advertiser Publishing Company. OCLC 583264723.
  • Thurston, Lorrin A. (1936). Farrell, Andrew (penyunting). Memoirs of the Hawaiian Revolution. Honolulu: Honolulu, Advertiser Publishing Company. OCLC 6128790.
  • Towse, Edward (1895). The Rebellion of 1895: A Complete History of the Insurrection Against the Republic of Hawaii: List of Officers and Members of the National Guard of Hawaii and the Citizen's Guard. Honolulu: The Hawaiian Star. OCLC 16334257.
  • Williams, Riánna M. (2015). Queen Liliʻuokalani, the Dominis Family, and Washington Place, their home. Honolulu: Ka Mea Kakau Press. ISBN 978-0-692-37922-6. OCLC 927784027.

Pautan luar

  • "Liliuokalani". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica Online, Encyclopædia Britannica Inc., 2016.
  • QUEEN LILIUOKALANI PHOTOGRAPH EXHIBITION, Hawaiʻi State Archives