Hadiah Nobel dalam Kimia

Hadiah Nobel dalam Kimia
هديه نوبيل دالم كيميا
PenghargaanSumbangan ketara kepada sektor kimia
LokasiStockholm, Sweden
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sains Diraja Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Anugerah pertama1901
Kini dipegang olehFrances Arnold, George P. Smith dan Gregory Winter (2018)
Anugerah terbanyakFrederick Sanger (2)
Laman web rasminobelprize.org

Hadiah Nobel dalam Kimia (Svensk: Nobelpriset i kemicode: sv is deprecated , bahasa Inggeris: Nobel Prize in Chemistrycode: en is deprecated ) ialah anugerah tahunan yang dikurniakan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada ahli-ahli sains yang menceburi pelbagai bidang kimia. Hadiah ini merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel tahunan yang ditubuhkan mengikut wasiat Alfred Nobel pada 1895, untuk dihadiahkan kepada penyumbang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, sastera, keamanan, dan fisiologi atau perubatan. Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dihadiahkan oleh sebuah Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Hadiah Nobel dalam Kimia pertama dianugerahkan kepada Jacobus Henricus van 't Hoff dari Belanda pada tahun 1901, "kerana penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan". Anugerah ini disampaikan di majlis tahunan di kota Stockholm pada setiap 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel.

Pencalonan dan pemilihan

Proses pencalonan dan pemilihan pemenang Hadiah Nobel mengambil masa yang lama dan banyak memerlukan penelitian berbanding hadiah-hadiah lain, oleh yang demikian Hadiah Nobel menjadi hadiah terpenting dalam bidang kimia.

Pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri dari lima orang ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Pada peringkat awal, beberapa ribu orang diminta menamakan calon. Nama-nama yang dicalonkan ini diteliti dan dibincangkan oleh para pakar sehingga hanya pemenangnya yang tinggal. Proses yang perlahan dan menyeluruh inilah yang menaikkan kepentingan hadiah ini.

Borang-borang yang berbentuk jemputan peribadi dan eksklusif dihantar ke hampir 3,000 individu terpilih untuk menjemput mereka agar menghantar pencalonan. Nama calon-calon tidak diumumkan serta-merta, dan calon-calon tersebut juga tidak dimaklumkan pencalonan mereka. Rekod-rekod pencalonan disimpan selama 50 tahun.

Setelah pencalonan dipantau oleh jawatankuasa, senarai kira-kira 200 calon dihasilkan lalu dihantar kepada pakar-pakar terpilih dalam bidang ini untuk dikurangkan kepada 15 orang calon. Jawatankuasa menghantar laporan cadangan kepada institusi yang berkenaan.

Walaupun pencalonan anumerta (selepas meninggal dunia) tidak dibenarkan, namun seseorang yang mati dalam tempoh antara pencalonan dan keputusan jawatankuasa penghadiahan masih dibenarkan.

Anugerah dalam bidang kimia ini menekankan pentingnya pencapaian itu "bertahan lama", iaitu sela masa antara penemuan dan penganugerahan biasanya 20 tahun atau lebih lama lagi. Malangnya, bukan semua saintis boleh hidup cukup lama untuk menikmati pengiktirafan Nobel untuk pencapaian mereka, maka adanya penemuan sains yang tidak dapat dipertimbangkan untuk Hadiah Nobel gara-gara tokoh-tokohnya sudah meninggal dunia sebelum kesan usaha-usaha mereka direalisasikan. Contohnya, sumbangan Rosalind Franklin kepada penemuan struktur DNA, iaitu kristalografi sinar-xnya memaparkan bentuk heliks DNA, tetapi tidak direalisasikan selepas kematiannya, maka cuma tinggal Watson, Crick, dan Wilkins sebagai penerima hadiahnya.

Senarai penerima

Rujukan

  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.

Pautan luar

  • The Nobel Prize in Chemistry at the Nobel Foundation.
  • The Nobel Prize Medal for Physics and Chemistry at the Nobel Foundation.
  • "Nobel Prize for Chemistry. Front and back images of the medal. 1954". "Source: Photo by Eric Arnold. Ava Helen and Linus Pauling Papers. Honors and Awards, 1954h2.1." "All Documents and Media: Pictures and Illustrations", Linus Pauling and The Nature of the Chemical Bond: A Documentary History, the Valley Library, Oregon State University. Accessed December 7, 2007.
  • Graphics: National Chemistry Nobel Prize shares 1901–2009 by citizenship at the time of the award and by country of birth. From J. Schmidhuber (2010), Evolution of National Nobel Prize Shares in the 20th Century at arXiv:1009.2634v1
  • "What the Nobel Laureates Receive" – Featured link in "The Nobel Prize Award Ceremonies".
  • l
  • b
  • s
Hadiah
Pemenang
mengikut subjek
mengikut kriteria
  • Negara
  • Penggabungan universiti
  • Wanita
  • Hitam
  • Kristian
  • Cina
  • India
  • Muslim
  • Jepun
  • Yahudi
mengikut tahun
  • Mengikut tahun
Jawatankuasa dan
pertubuhan
Topik berkaitan
  • Kontroversi
  • Hadiah lain
  • Alfred Nobel
  • Sidang Kemuncak Penerima Keamanan Nobel
1 Hadiah Peringatan Nobel (bukan salah satu Hadiah Nobel yang asli).
  • l
  • b
  • s
Penerima Hadiah Nobel dalam Kimia
1901–1925
1926–1950
1951–1975
1976–2000
2001–kini